Sabtu, 9 Julai 2011

Sushi oh sushi yum...yum... yum...

Akum....
Ni terbayang bayang nak makan sushi...sebelum puasa nak makan gak... tak kira la beli kat Sushi King or beli kat Carefour je...Meh tengok sushi kesukaan aku..


Yang atas ni namanya tamago, diperbuat daripada telur. (macam telur dadar) aku taupun, sebab adik aku dulu penolong pengurus kat Sushi King.



yang ni aku panggil crab sushi je. Ni pun sedap gak



Yang ni Carlifonia Roll with Cheese.. memang sedap dan berkhasiat. Dalam nya ada crab stick, timun, ommelete. sedapnya kenyang tau...Anak-anak aku pun suka. terutamanya Damia. Aku sampai rebut-rebut dengan dia. Sushi ni nampak cute, kalau dah diatur dalam pinggan.. tu yang tak sabar nak makan. Hahahhaah..
Sushi yang mentah-mentah aku tak lalu makan. yang kegemaran je aku belasah....

Ni aku ambil dari wikipedia mengenai sushi..



Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Yahoo.... exam dh abis.....

AKUM....

Lama aku x menulis kt kt sini... maklumla nak study masa 2 ( yela 2 )... ape pun exam kat UTHM dah selesai. So maknanya aku dah abis sem 1. Lg 7 sem.  Hahaha banyak lagi..


Ini lah tempat aku melanjutkan pelajaran....







Bangunan fakulti.... akan datang akan berpindah ke bangunan baru



Ni la pensyarah-pensyarah yang mengajar aku untuk sem ni... terima kasih tidak terhingga ku ucapkan. segala tunjuk ajar kalian amat bermakna.... i tabikk you all
Cik Saffiah Abdullah Khir- pensyarah kimia yang lembut dan baik hati
DR. Zaidi b. Embong- Pensyarah Fizik, biarpun dalam keadaan istimewa, kami amat seronok belajar dengan nya.
PM Ahmad b. Esa- Pensyarah pengurusan pembelajaran yang tegas tapi banyak nasihatnya
Tn. Haji Yusof b. Jamar-Pensyarah Perkembangan Pendidikan: Falsafah dan Dasar.... yang sentiasa nampak muda dan banyak pengalam dicurahkan. .blog beliau banyak memotivasi kan

                                                                              
Daftar untuk sem depan pun sudah... jadi tinggal tunggu result je la. Sem ni aku belajar 4 subjek... next sem pun 4 subjek.
Cuma sem dpn ada kokurikulm. Aku ambik subjek berkaitan badminton. Ada banyak pilihan tapi kira itu je la yang aku pandai main. Dalam list ada bola jaring, bola tampar, olahraga balapan. Semuanya yang aku kaki bangku. Hahahaha.....

Ape pun, aku harap sem ni dapat la result yang terbaikkk....Jumpa lagi...