Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TINGAL 2011....

Hari ini hari terakhir 2011, di mana orang berpusu-pusu keluar nak berjalan-jalan sambil menunggu detik 12 tengah malam.. Aku entah la... macam dah terkena badi Mr. Hubby yang tak suka berjalan kalu orang ramai-ramai dan sesak ni.

Biasanya bila tahun baru, orang akan tanya apa azam baru? Azam aku simple je.. tak mau banyak sangat.. kang tak terbuat lak.. Apa dia? Jeng...jeng... jeng...

1.     Aku teringin sangat nk beli Samsung Galaxy Tab... ingat nk beli 8.9 inci saje.. tapi tak kisah la... janji dapat.. Mudah-mudahan..



2.   Tentula nak kurangkan berat badan.... 65kg? Ok la tu... Jangan drastik sangat... Plan slow2 ye...




3.  Nak g holiday.... Rancang nak g Universal Studios Singapore.... Insyaallah bulan 2 nanti... passport dah siap.... Kalau ada rezeki lebih... ingat nanti nak g holiday g Langkawi pulak, Terengganu pun ok.



4.   Kalu ada rezeki, harapannya nak beli rumah... Kecik tak ape.. Janji selesa....Doakan ye...


5.   Akhir sekali, harapan aku untuk tahun 2012, semua pkara yang dilakukan berjalan lancar dan bertambah baik dari segi kewangan, anak2 lebih dengar kata, kerjaya, lebih tenang, blajar rajin2, dapat pointer baik dan paling penting hubungan dengan Mr. Hubby bertambah erat dan mesra. Amin...




Tu la azam aku tahun ni, apa pun kita harap akan jadi lebih baik dari yang lepas.. so I wish you all
HAPPY NEW YEAR 2012.......see u.



Rabu, 14 Disember 2011

Nak abis sem 2.....

Akum...
Maaf dah lama tak menulis di sini. Al maklum la.... assignment menimbun... ada anak kecik lagi... Tau x sekarang Darwisy dah 7 bulan.. dah pandai merangkak pun.... berdiri pun dah dicubanya.. berpaut pada sofa... berani sungguh anak mama ni.... hehehe meh tengok..


Minggu ni kelas di UTHM yang terakhir untuk sem 2. Jap je kan..Bulan 1 nanti aku exam.. Doakan ye...
Pastu, apa lagi kita enjoy...... bulan 2 nanti nak g Univesal Studio Singapore... Passport pun mggu depan buat.. gambar tadi dah ambil...
So wait for me USS.... Huhuhu


Ok la... ni sebenarnya nak wat assignment... dah nak termuntah dibuatnya menghadap kerja tu je.... so ni nak sambung semula....
 Ok see u nanti... bye

Sabtu, 9 Julai 2011

Sushi oh sushi yum...yum... yum...

Akum....
Ni terbayang bayang nak makan sushi...sebelum puasa nak makan gak... tak kira la beli kat Sushi King or beli kat Carefour je...Meh tengok sushi kesukaan aku..


Yang atas ni namanya tamago, diperbuat daripada telur. (macam telur dadar) aku taupun, sebab adik aku dulu penolong pengurus kat Sushi King.



yang ni aku panggil crab sushi je. Ni pun sedap gak



Yang ni Carlifonia Roll with Cheese.. memang sedap dan berkhasiat. Dalam nya ada crab stick, timun, ommelete. sedapnya kenyang tau...Anak-anak aku pun suka. terutamanya Damia. Aku sampai rebut-rebut dengan dia. Sushi ni nampak cute, kalau dah diatur dalam pinggan.. tu yang tak sabar nak makan. Hahahhaah..
Sushi yang mentah-mentah aku tak lalu makan. yang kegemaran je aku belasah....

Ni aku ambil dari wikipedia mengenai sushi..



Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Yahoo.... exam dh abis.....

AKUM....

Lama aku x menulis kt kt sini... maklumla nak study masa 2 ( yela 2 )... ape pun exam kat UTHM dah selesai. So maknanya aku dah abis sem 1. Lg 7 sem.  Hahaha banyak lagi..


Ini lah tempat aku melanjutkan pelajaran....







Bangunan fakulti.... akan datang akan berpindah ke bangunan baru



Ni la pensyarah-pensyarah yang mengajar aku untuk sem ni... terima kasih tidak terhingga ku ucapkan. segala tunjuk ajar kalian amat bermakna.... i tabikk you all
Cik Saffiah Abdullah Khir- pensyarah kimia yang lembut dan baik hati
DR. Zaidi b. Embong- Pensyarah Fizik, biarpun dalam keadaan istimewa, kami amat seronok belajar dengan nya.
PM Ahmad b. Esa- Pensyarah pengurusan pembelajaran yang tegas tapi banyak nasihatnya
Tn. Haji Yusof b. Jamar-Pensyarah Perkembangan Pendidikan: Falsafah dan Dasar.... yang sentiasa nampak muda dan banyak pengalam dicurahkan. .blog beliau banyak memotivasi kan

                                                                              
Daftar untuk sem depan pun sudah... jadi tinggal tunggu result je la. Sem ni aku belajar 4 subjek... next sem pun 4 subjek.
Cuma sem dpn ada kokurikulm. Aku ambik subjek berkaitan badminton. Ada banyak pilihan tapi kira itu je la yang aku pandai main. Dalam list ada bola jaring, bola tampar, olahraga balapan. Semuanya yang aku kaki bangku. Hahahaha.....

Ape pun, aku harap sem ni dapat la result yang terbaikkk....Jumpa lagi...

Sabtu, 18 Jun 2011

HAPPY FATHER'S DAY

Kelmarin bila tengok gambar dan video anak2 masa kecil, terasa sekejap masa berlalu, Tahun depan aku dah nak masuk usia angka 30. Hehehe nak tengok ape perubahan nya....
MUHAMMAD ARFA 2  TAHUN masa ni


SEKARANG.... 5 TAHUN


NUR DAMIA  1 TAHUN......


 Sekarang 4 TAHUN....

MUHAMMAD DARWISY  ..... 4 jam selepas dilahirkan


SEKARANG ..... 1 BULAN


Banyak kan perubahan nya.... jadi hargai lah masa bersama anak-anak... kerana ia berlaku sekali sahaja dalam hidup kalian... sayangi mereka sepenuh hati...

MAMA SAYANG KAMU SEMUA... UNTUK PAPA, HAPPY FATHER'S DAY DARI KAMI SEMUA ..
WE LOVE U... MMUAH...

Untuk ayahku, AHMAD BIN HARUN dan ayah mertua KARIM BIN KARDI...SELAMAT HARI BAPA DARI ANAK, MENANTU DAN CUCU-CUCUMU INI...

Selasa, 7 Jun 2011

Tiba masanya nak kurangkan berat badan...MESTI ... MESTI... MESTI..

Akum.. lama tak menulis kat blog ni. Bukan xde masa. cuma xtau nak kongsikan ape-ape. Untuk kali ini topik kat atas ni selalu kedengaran bila tahun baru. Azam baru la katakan. Bagi aku azam 2 dah diletakkan pada niat sejak banyak tahun2 kebelakangan ini. Cuma hasilnya hangat-hangat tahi ayam je...Banyak produk dan maklumat untuk kuruskan badan dah di cuba. Bukan xberhasil tapi mungkin kurangnya disiplin diri.

Untuk itu, mulai minggu ni,(harap-harap) aku akan mula berdiet ikut cara aku... mungkin lepas bulan julai nanti, baru la aku akan ke pusat perlangsingan M*****R yang mana aku telah jelaskan bayarannya. Kali ini aku xkan sambil lewa lagi. Kang tak pasal2 hangus lak duit aku tu, maklumlah dah 9 bulan aku x ke sana.


Untuk makluman sume, ni xtipu tau.. berat aku untuk last month pregnant ialah 82kg. Huhuhu... Hebat betul. nak tengok gambar masa pregnant pun takut..so kali ini target perlahan2. Dari 82kg, dalam masa 6 bulan nak turun paling sikit pun harap2 dapatla ke angka 65kg. Dalam bahasa matematiknya 82-65= 17/6 bulan =2.83kg sebulan. itu kira purata la berat nak diturunkan dlm sebulan.
So untuk menunya, aku akn try yang ini :



PAGI
-2 keping roti berserat tinggi/1 set sandwich
-1 gelas susu rendah lemak/air suam sahaja
TENGAHARI
-Hanya ambil oat+ kismis + buah2an
 (ganti makan tengahari)
PETANG
-Ambil buah-buahan/sepotong kuih kurang manis
MALAM
-1 gelas susu rendah lemak/air suam
-2 keping roti berserat tinggi
MAKANAN DIELAKKAN
-Makanan yg digoreng
-Makanan kaya lemak
-Makanan berminyak
MAKANAN TAK DISENTUH
-Nasi
-Minuman bergas & manis
MAKANAN & MINUM BILA TERASA LAPAR
-Buah-buahan /yogurt
-Sayuran (rebus, stim, mentah)
-Air mineral

Harap2 kali ini berjaya.

Selasa, 31 Mei 2011

The new day was come....

TESTING.... TESTING... 1.. 2... 3...
Assalamualikum....Niat di hati lama nak buat blog tapi biasala kalu berhadapan dgn kekangan masa dan ruang, memang tak dapat nak tlg... hope this blog akan menyerlahkan lg ape yang tersurat dan tersirat di sebalik nama insan yang bernama LIZAWATI ini... mungkin bukan untuk tujuan perniagaan or ape yang blh men 'ter frame' kan diri, just for berkongsi rasa serta suka duka perjalanan hidup ini...

Ku dedikasikan blog ini buat insan-insan yang tersayang disekeliling dan buat keluarga yang tercinta,
buat suami ku MOHD KAMAL BIN KARIM,
buat anak2 MUHAMMAD ARFA,
NUR DAMIA
and my baby MUHMMAD DARWISY

blog ini untuk kita semua...mama love u all