Sabtu, 18 Jun 2011

HAPPY FATHER'S DAY

Kelmarin bila tengok gambar dan video anak2 masa kecil, terasa sekejap masa berlalu, Tahun depan aku dah nak masuk usia angka 30. Hehehe nak tengok ape perubahan nya....
MUHAMMAD ARFA 2  TAHUN masa ni


SEKARANG.... 5 TAHUN


NUR DAMIA  1 TAHUN......


 Sekarang 4 TAHUN....

MUHAMMAD DARWISY  ..... 4 jam selepas dilahirkan


SEKARANG ..... 1 BULAN


Banyak kan perubahan nya.... jadi hargai lah masa bersama anak-anak... kerana ia berlaku sekali sahaja dalam hidup kalian... sayangi mereka sepenuh hati...

MAMA SAYANG KAMU SEMUA... UNTUK PAPA, HAPPY FATHER'S DAY DARI KAMI SEMUA ..
WE LOVE U... MMUAH...

Untuk ayahku, AHMAD BIN HARUN dan ayah mertua KARIM BIN KARDI...SELAMAT HARI BAPA DARI ANAK, MENANTU DAN CUCU-CUCUMU INI...

Selasa, 7 Jun 2011

Tiba masanya nak kurangkan berat badan...MESTI ... MESTI... MESTI..

Akum.. lama tak menulis kat blog ni. Bukan xde masa. cuma xtau nak kongsikan ape-ape. Untuk kali ini topik kat atas ni selalu kedengaran bila tahun baru. Azam baru la katakan. Bagi aku azam 2 dah diletakkan pada niat sejak banyak tahun2 kebelakangan ini. Cuma hasilnya hangat-hangat tahi ayam je...Banyak produk dan maklumat untuk kuruskan badan dah di cuba. Bukan xberhasil tapi mungkin kurangnya disiplin diri.

Untuk itu, mulai minggu ni,(harap-harap) aku akan mula berdiet ikut cara aku... mungkin lepas bulan julai nanti, baru la aku akan ke pusat perlangsingan M*****R yang mana aku telah jelaskan bayarannya. Kali ini aku xkan sambil lewa lagi. Kang tak pasal2 hangus lak duit aku tu, maklumlah dah 9 bulan aku x ke sana.


Untuk makluman sume, ni xtipu tau.. berat aku untuk last month pregnant ialah 82kg. Huhuhu... Hebat betul. nak tengok gambar masa pregnant pun takut..so kali ini target perlahan2. Dari 82kg, dalam masa 6 bulan nak turun paling sikit pun harap2 dapatla ke angka 65kg. Dalam bahasa matematiknya 82-65= 17/6 bulan =2.83kg sebulan. itu kira purata la berat nak diturunkan dlm sebulan.
So untuk menunya, aku akn try yang ini :



PAGI
-2 keping roti berserat tinggi/1 set sandwich
-1 gelas susu rendah lemak/air suam sahaja
TENGAHARI
-Hanya ambil oat+ kismis + buah2an
 (ganti makan tengahari)
PETANG
-Ambil buah-buahan/sepotong kuih kurang manis
MALAM
-1 gelas susu rendah lemak/air suam
-2 keping roti berserat tinggi
MAKANAN DIELAKKAN
-Makanan yg digoreng
-Makanan kaya lemak
-Makanan berminyak
MAKANAN TAK DISENTUH
-Nasi
-Minuman bergas & manis
MAKANAN & MINUM BILA TERASA LAPAR
-Buah-buahan /yogurt
-Sayuran (rebus, stim, mentah)
-Air mineral

Harap2 kali ini berjaya.